Asal Usul Solat

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. P un bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua
:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan..
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Detective Conan 43

hehe... sangat best DC episod 43. rugi sape tak tengok. best!!

Detective Conan 43 Part 1/3 Eng Sub


Detective Conan 43 Part 2/3 Eng Sub


Detective Conan 43 Part 3/3 Eng Sub

KhatimahCinta

Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi


CINTA... bercakap tentang cinta, aku ada kisah yang ingin disampaikan. cinta pada teman sebilik ku yang kini melakar warna pelangi hidup. kalau dulu dia hanya gadis yang biasa, kini keceriaannya terpancar segenap waktu. aku bahagia melihatnya begitu. ku doakan yang terbaik untuknya. andai itu suratan jodohnya, yes, she deserves it. tak ku lupa keceriaan di wajahnya semalam. aku turut gembira menyaksikannya. dan hari ini, housemateku yang lain terpandangkan sesuatu yang berbeza pada dirinya. bagaikan ada tanda yang menyaksikan cinta si adam itu disambut si hawa ini. reaksinya juga bagai mengiakan saja biarpun bibir menidakkan. temanku, andai bahagia itu menyelimuti, sambutlah ia dengan panduan dari-Nya.

menyingkap cinta antara aku dan adam di sini. tidak aku maksudkan dia, tetapi seorang adam yang telah menjadi teman setadika ku. kini baru tersurat cintanya padaku yang disemat sejak bertahun-tahun atau mungkin juga dekad. sungguh, ku terkedu di saat maksud ayatnya itu menerjah akal. kenapa kau terlalu lewat mentafsirkan? kenapa tidak dizahirkan seterang dan nyata sejak dulu? sejak aku masih suci hati, masih terang jiwa. benar telahanku di waktu bingkisan yang kau beri itu ku tatapi, tidak salah dugaan hatiku. dan kerana waktu itu kita masih selembut pucuk dedaun, aku membiarkan nya. ditambah pula kau adalah adam yang mencari satu matlamat teguh. aku percaya, kerana keteguhan matlamatmu itu, kau kini hampir ke puncak idaman setiap insan. sungguh, aku sendiri tidak punya kekuatan itu. rebahnya aku dulu, ku ganti dengan SPM yang tidak mengecewakan. aku benar-benar tersungkur jatuh, longlai untuk bangkit di matrikulasi. di mana engaku waktu itu? biarpun kita dalam kampus yang sama, tetapi batas yang ku rasa cukup untuk kita tidak berutus berita. kau hadir di akhir pengajian di sana. bertanya khabar tentang keputusan yang amat mengecewakan aku. tahukah engkau aku pada waktu itu tidak lagi layak digelar gadis? kenapa setelah hatiku menjadi milik dia baru ku tahu tafsir kata hatimu? kau sepi, hilang namamu di senarai teman ku. sehingga, kau muncul kembali 2008. yang pada saat itu telah ku ketahui melalui ayahmu, yang kau kini doktor. ah! sungguh bertuah menjadi engkau. kini kau hadir, menyatakan hasrat suci, yang direstui. jujur. aku keliru. aku terharu. aku buntu. hati ku untuk dia, sedangkan takdir untuk bersama dia masih kabur untukku. namun, restu hadir untuk aku dan si doktor itu. benar katamu, untuk aku bersama doktor itu, amat mudah dan cerah. mungkin jua sesuai untuk luarannya. namun, hati ini yang merasa, hati ini yang melalui. kata hati hanya untuk dia, namun yang terzahir untuk si doktor itu. apa lagi cara untukku? ..... ada hitam dan ada putihnya. kau hadir melahirkan rasa di saat aku sudah lumat menelan kisah kehidupan. maafkan aku andainya menyeksa hatimu. sungguh, tidak ku tahu apa yang tersirat. kini saatnya aku telah menjadi milik orang biarpun masih haram. andai kau sanggup menunggu, teruskanlah. sampai masanya nanti, ku bicarakan pada sang waliku. di saat itu, aku pertimbangkan sepenuhnya segala yang ada. jujur sekali, aku berat untuk melukakan, namun hati ini tidak untukmu.

andai masa dapat berbicara, biarlah masa yang memutuskan....

Today...

this is my first post using my celcom broadband Youth Plan.. hehe... starting from now, i have to spent 50 per moth to pay for this, it might be until 2011, or when i reach 25. hehe. when will i terminate this, we decide later.

talking about health, i got my fever back. entah kenapa, dtg cni trus dpt demam balik. does the weather is too kejam for a little Suhaila? ye lah, i got my sorethroat back. mengajar tadi pon ala kadar je. sudah la pulak my pupils were quarantined. 23 of 45!! so, duduk sajelah aku...

eh. hutang dengan Allah tak bayar lagi ni. maye dulu!