Marriage : A new chapter of life...

undangan majlis perkahwinan adalah satu majlis makan yang patut kita hormati. saya juga beberapa hari kebelakangan ini mendapat beberapa undangan dari teman. 

2 jun - kak sara + hamzah
5 jun - hanis + zairi
6 jun - fadlul + afifah
7 jun - pertunangan aisyah + khairul

beberapa persoalan menerjah saat mendengar teman2 mengira saat bahagia mereka.

1. adakah mereka sepenuhnya bersedia menghadapi alam rumahtangga? kehidupan bersama mertua? pengurusan ekonomi rumahtangga? mempersiapkan kelengkapan suami di samping menguruskan diri sendiri? membawa diri dalam pergaulan sebagai isteri/tunangan orang?

2. siapkah mereka dengan ilmu kewanitaan? pengurusan masa, kewangan, emosi?

3. kuatkah hati mereka mempertahankan cinta dan kesetiaan hanya kepada suami?

4. bagi yang masih dalam pengajian ijazah, apakah orang tua merestui seikhlasnya?


segala persoalan ini menyelubungi fikiranku. mana tidaknya, di saat teman merai detik bahagia, aku masih mencari kepastian dalam hubunganku. masih menunggu dengan sabar agar diberi segala kekuatan dan petunjuk mengharungi kenyataan. takut yang amat andainya aku kalah dengan perasaan atau tunduk pada syaitan. Oh Allah... ku pohon kekuatan.. 

serba salah dengan keadaan, aku tidak mahu ada seorang pun yang terluka kecewa. umur ku yang mencecah 22, pasti aku mahu serius dengan apa yang aku ada. untuk itu, aku perlu kepastian. kepastian yang amat sukat aku dapati. mama dan abah.. sulitnya ku simpan rasa hati ini. 

rasanya la... semuanya bergantung kepada budaya dan kelaziman masing-masing. keluargaku semuanya berkerjaya kukuh sebelum menikah. maka, tidaklah perlu aku runsing kan? ye... aku pun hanya ada 3 semester je lagi.. tak lama dah..

ya! aku tahu kini. gelodak rasa ini kerana disebakan dia, si doktor itu. Dr J. dia mengharapkan balasan cinta ku yang pastinya sekarang milik orang lain. kenapalah dia muncul di saat ini. saat hati dan cinta ku sudah kukuh pada yang lain. bukan dia tidak punya waktu. bahkan sejak kecil, aku bersama dia. Tadika Kemas, SK Gunong, SMKA Tangok, Kolej Matrikulasi Perak, bahkan selapas matrikulasi juga kami kembali menyambung pelajaran di negeri sendiri dan tempat kuliah juga cuma setengah jam dari rumah for both of us. semua takdir dan ketentuan ini sentiasa bersama kami. suma sebentar dia menukar haluan. MRSM Kuala Berang. mungkinkah dia workaholic? terlalu menumpukan pada akademik? mungkin juga kan? mungkin juga waktu itu dia tidak mempunyai kekuatan. aku berkata begini kerana aku tahu dan aku nampak tandanya! tapi aku sendiri menolak kemungkinan itu. haha! dan sekarang, kita sudah dewasa. pastinya ingin kehidupan sendiri kan? keluarga kami saling mengenali menghormati antara satu sama lain. TETAPI... adakah ini jaminan untuk aku bahagia bersama Dr. J? dapatkah Dr. J memahami cerewetku, sabar dengan sikapku? dapatkah dia menemaniku seperti pemilik hatiku sekarang? inilah yang menyulitkan...

aku senang bersama dia yang begitu sabar melayan perangai dan cerewetku. hehe.. itulah dia. yang memiliki beberapa kemahiran asas untuk hidup. asas agama yang lebih tebal berbandingku. dia comel. kulitnya lebih cerah berbanding Dr. J. hahah! jahatnya aku. disebabkan itu lah, aku tidak mahu orang ini kecewa. aku tidak mahu dia tercari-cari ruang dan insan untuk meluahkan kesedihan. aduh...! ngeri amat sih bila dipikirin... kerjaya seorang doktor sememangnya diketahui dunia yang sibuk.. tapi kan... luxor pun ada kalanya sibuk kan? hehe... jadi aku seharusnya mempersiapkan diriku.. menghadapi suami yang sibuk.. kan? hehe 

kini.. saat ini, masih lagi aku mampu menarik nafas dengan tenang dan lega. masih ada 3 semester untukku. namun yang aku takut, pertengahan 2010, Dr. J menagih jawapan cintanya.. huhu! Positive Thinking!! mama dan abah pasti memberi respon yang ku harapkan. namun harus aku sedia..............

mungkinkah kami berpisah......................???

0 comments: